Kuala Lumpur, Malaysia — BGTV kembali dengan kandungan terbaru mereka menerusi eksklusif dokumentari bertajuk “ZOMBIE PIU PIU”, sebuah produksi yang membawa perhatian kepada salah satu isu sosial yang sedang menjadi perbualan dalam masyarakat Malaysia.
Melalui pendekatan kandungan yang berdasarkan dengan realiti kehidupan seharian, BGTV sekali lagi mengetengahkan topik penting dan membuka ruang kepada masyarakat untuk melihat, memahami dan berbincang mengenai isu yang berlaku di sekeliling mereka.
Piu Piu : Dadah Modern Melalui Vape/Pod.
Kemunculan “Piu Piu” menambah satu lagi dimensi kepada isu penyalahgunaan dadah sintetik yang semakin berkembang. Bahan yang dilaporkan dicampurkan ke dalam cecair rokok elektronik atau vape serta dikaitkan dengan fentanyl, sejenis opioid sintetik yang sangat kuat, serta bahan kimia lain yang boleh membawa risiko serius kepada pengguna.
Kalau lihat dari mata kasar, memang tidak nampak seperti dadah. Namun, setelah BGTV buat kajian persendirian, mudah sahaja nak kenal pasti dari segi fizikal catridge-nya. Cataridge ‘Piu-Piu’ selalunya berwarna ‘crystal’ atau ‘jernih’ dan setiap cataridge-nya mempunyai cop tulisan Cina. Namun, keluaran dadah ini juga akan berubah mengikut peredaran masa.
BGTV juga mendapat informasi bahawa setiap cop yang ada pada cataridge ini mempunyai maksud. Dari segi bahasa jalanan-nya, ianya satu simbol branding bagi sesebuah gerakan yang menjual.
Untuk harga penjualan pula, rata rata berbeza mengikut gred atau kepekatannya. Berdasarkan pengalaman BGTV sepanjang penggembaraan ‘Zombie Piu-Piu’, BGTV mendapati rata rata harga yang dijual online/offline bermula dari RM150-RM300.
Kenapa BGTV Memilih Isu Ini?
Antara salah satu sebab puncanya, kerana penggunaan bahan sintetik ini semakin meningkat bak cendawan dikalangan generasi muda dan ada dikalangan mereka dengan bangganya kongsikan menerusi sosial media. Epidemik ini sangat berbahaya bahkan mampu merosakkan corak pemikiran dan mental masyarakat.
BGTV menggunakan kekuatan visual dan penceritaan digital untuk membawa perhatian kepada topik tersebut dengan cara yang lebih dekat dengan penonton.
Selain itu, BGTV juga menerima banyak aduan menerusi platform Instagram dimana keluarga meminta bantuan untuk membantu ahli keluarga yang ketagih dengan Piu Piu. BGTV bukan NGO, BGTV bukan badan berwajib, disebabkan itu, BGTV membuat keputusan untuk buat dokumentari ‘Zombie Piu-Piu’ sebagai satu medium kesedaran masyarakat di Malaysia.
Apa Yang Penonton Boleh Pelajari Daripada "ZOMBIE PIU PIU" ?
Lebih daripada sekadar sebuah video dokumentari, “ZOMBIE PIU PIU” boleh dilihat sebagai sebahagian daripada usaha kandungan BGTV untuk membawa isu kehidupan sebenar kepada penonton.
Antara mesej penting yang boleh dibawa melalui kandungan seperti ini ialah:
- Terlalu mudah access untuk mendapatkan dadah Piu Piu menerusi online platform sekaligus memberikan kesedaran kepada pihak berwajib untuk membuat tindakan tegas.
- Ilmu dan kesedaran tentang bahayanya dadah sintetik ini menerusi pakar-pakar yang terlibat.
- Akibat penggunaan mengikut piawaian undang undang Malaysia.
- Kesan ketagihan yang teruk dan perlu ada beberapa proses yang dijalankan menerusi pusat hentian dadah.
- Kesedaran untuk masyarakat kenal pasti apa itu Piu-Piu terutama sekali kesan terhadap pengambilannya.
Kenyataan Pakar & Sokongan Kerajaan
Siasatan ini tidak dibuat bersendirian, malah ia mendapat sokongan dan kerjasama rasmi daripada agensi kerajaan, iaitu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Penolong Pengarah (Pendidikan Pencegahan) AADK, Tuan Zulkarnain bin Mohammad, turut hadir memberikan pencerahan undang-undang dan bahaya sosiologi dadah ini.
Selain itu, BGTV amat berbesar hati mendapat kerjasama daripada Dr Rusdi Rashid, seorang Psychiatrist dan Director di University of Malaya Centre of Addiction Sciences (UMCAS). Penglibatan Dr Rusdi memberikan dimensi yang lebih mendalam kepada dokumentari ini, khususnya melalui perspektif sains, perubatan dan bidang ketagihan.
Dokumentari ‘ZOMBIE PIU PIU’ turut menampilkan Mohamed Shamseer Bin Mohd Sarwar, seorang individu yang mempunyai pengalaman dalam mengendalikan dan menjaga pusat pemulihan. Perkongsian Mohamed Shamseer memberikan satu sudut pandang yang berbeza dalam dokumentari ini, khususnya mengenai realiti kehidupan dan cabaran yang dihadapi dalam proses pemulihan.
Selain itu, BGTV turut membawa aktivis terkenal di internet iaitu Izzad Danial untuk kongsikan pengalamannya serta pengetahuan menerusi jalanan.
Melalui gabungan penceritaan visual BGTV dan pandangan daripada pihak yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan, “ZOMBIE PIU PIU” cuba membuka ruang kepada penonton untuk melihat isu tersebut daripada perspektif yang lebih luas.
Amaran Keras Kepada Generasi Muda
BGTV menegaskan bahawa video ini dibuat murni atas dasar edukasi masyarakat dan bukan untuk mempromosikan jenayah. Dokumentari ini mengandungi kandungan sensitif dan pendedahan berkaitan penyalahgunaan dadah yang mungkin mengganggu sesetengah penonton. Kandungan ini KHAS UNTUK PENONTON BERUMUR 18 TAHUN KE ATAS.
Sila tonton dengan pertimbangan dan kesedaran. Untuk menonton video penuh “Zombie Piu-Piu”, tekan sini.
Tentang BGTV
BGTV (Bros Gang TV) ialah platform digital dari Malaysia yang menghasilkan pelbagai kandungan video termasuk Reality Showcase, Dokumentari, Podcast, Interview dan kandungan berasaskan kehidupan sebenar.
Dengan fokus terhadap cerita kehidupan sebenar dan kandungan yang dekat dengan masyarakat, BGTV terus membina komuniti penonton di Malaysia melalui platform digital.
“ZOMBIE PIU PIU” kini menjadi sebahagian daripada perjalanan terbaru BGTV dalam menghasilkan kandungan yang bukan sahaja membuka perspektif baru, tetapi turut membuka ruang kepada kesedaran dan perbincangan mengenai isu sosial semasa.